top of page

STAY | BAB 8



“Jika di titik ini kita harus bermula, kenapa tidakku sambut tanganmu bertatih atau barangkali aku yang gentar...takut kembali jatuh?” – Alya



LEWAT petang itu, ditinggalkan pesan kepada Safia yang dia mungkin tidak akan pulang semula ke pejabat atas beberapa urusan. Sepanjang minggu sibuk dengan bermacam-macam tugasan, Alya tidak betah lagi untuk terus menatap komputer di bilik kaca ini hingga ke malam hari. Dia perlu keluar dari kepompong pejabat ini. Keluar daripada pandangan mereka yang sering memerhati gerak lakunya yang sering menyendiri. Lagipun, ada janji yang perlu di tunaikannya dengan Adib petang ini. Kali terakhir dia duduk makan semeja bersama lelaki itu seingatnya, tiga minggu yang lalu.


Petang ini boleh jadi petang paling janggal bagi Alya. Manakan tidak, dia perlu berhadapan dengan Adib yang mungkin masih terus berniat mempertahan ego lelakinya. Seboleh mungkin mahu terus mencuba. Bukan dia tidak tahu akan keinginan Adib. Sedang dirinya pula terjerat dek ketelanjuran lidah sendiri. Semuanya jadi serba canggung.


Selepas kejadian sebelun ini, tiga minggu berlalu begitu sahaja tiada lagi ajakan daripada Adib untuk makan tengah hari atau makan malam bersama. Tiada lagi ajakan untuk bertemu selepas kerja atau keluar santai pada malam minggu. Semua itu tidak berlaku lagi bukan hanya daripada pihak Adib malah daripada lelaki-lelaki mata keranjang yang lain di pejabat ini.


Mungkin mereka sudah letih untuk mencuba nasib dan terus-menerus mengejar apa yang tidak pasti. Mungkin mereka sudah letih untuk terus bertahan dengan taruhan masing-masing ke atas dirinya. Begitu juga dengan Adib. Tiada siapa yang menang atau kalah dalam pertaruhan itu. Hanya keegoan yang sedikit tercalar barangkali.


Hari ini secara jujurnya Alya mahu cuba duduk semeja bersama Adib sebagai seorang rakan sekerja tanpa ada taruhan bagai piala yang perlu dimenangi. Dia mahu duduk santai di hadapan lelaki itu tanpa rasa seperti dilelong bagai barangan terpakai. Dia mahu duduk di hadapan lelaki itu dalam keadaan hormat seperti sepatutnya seorang lelaki menghormati seorang wanita.


Perlahan langkah diatur satu-persatu meninggalkan pejabat sambil meninjau-ninjau seketika pekerja-pekerja yang tekun di meja masing-masing. Ada yang kelihatan mengantuk, mungkin semalam berkampung di sini kerana menyiapkan tugasan. Ada yang leka berbincang sesama sendiri. Ada yang sibuk membancuh kopi. Alya tidak ambil pusing akan apa aktiviti sampingan mereka selagi tugasan yang diberi siap tepat pada masanya. Selagi terus ada rasa tanggungjawab dan hormat antara satu sama lain, dia akan terus memberi sokongan dan panduan. Bagi Alya, bekerja tidak seharusnya ada kongkongan tertentu. Bekerja harus diletak dalam konteks keselesaan setiap individu selagi tidak mengganggu kualiti dan produktiviti. Itu sudah cukup baik.


“Cik Alya...,” tegur salah seorang daripada staff.


“Ya, Anis. Ada apa?”


“If you don’t mind I need you to finalizekan job for KTM. Semua dah complete, just tunggu you finalize than we can  proceed with the printing and structuring,” jelas Anis.


“I ada appointment di luar, not sure whether I’ll be back to the office or not. Is it possible if we do it  tomorrow morning instead? Around 10.00 a.m?”


“Okay. Tomorrow morning will be fine.”


“Maybe you emailkan dulu pdf files to me. Malam nanti I boleh check,” anjur Alya. Anis segera mengangguk tanda setuju.


Alya kembali mengatur langkah masuk ke dalam lif, menekan butang dan menanti lif sampai ke destinasi. Sesekali dia melihat jam di tangan. Tiba di ruang legar, dari jauh lagi sudah kelihatan Adib duduk santai menunggunya di sofa. Dia sebenarnya senang melihat wajah lelaki itu. Walaupun sedar akan niat asal Adib, dia masih berasa selesa berbicara dengannya. Entah mengapa dia tidak marah atau benci akan niat dan perlakuan Adib dan tidak juga berasa gusar akan sebarang kemungkinan. Adib segera bangkit dari duduknya ketika melihat Alya menghampiri.


“Shall we?” Alya melihat senyuman manis terukir di bibir Adib.


“Sorry, if you tunggu lama. Caught up with something just now.”


“Tak apalah. I pun baru saja duduk tadi.”


Mereka beriringan memasuki lif ke tempat ruang parkir. Tiada apa yang boleh dibicarakan memandangkan lif agak sesak. Mungkin juga sesak dengan mata yang memerhati dan tanda tanya yang mula bersarang di hati masing-masing. Mereka beriringan semula sejurus keluar dari lif menuju ke kereta dan Adib segera membukakan pintu kereta untuknya.


“You have to send me back to get my car if I ride with you. Ingat tu,” Alya mengingatkan Adib sekali lagi sedang senyum di bibir Adib masih juga bersisa.


“I will. Jangan risau. Shall we?”


Alya melangkah masuk ke perut kereta, dibetulkan duduk agar lebih selesa dan Adib segera menutup pintu lalu turut masuk, melihat ke wajah Alya sekilas dan terus menghidupkan enjin. Raut wajah tampan yang sebegitu, siapakah yang tidak mudah tergoda? Siapa mungkin mampu menolak? Bisik halus berlegar-legar di hati Alya. Ditumpahkan pandangannya melihat kenderaan di jalanan yang berdedaian menyusur jalanraya yang sentiasa sibuk. Sesekali, Alya sedar Adib cuba mencuri pandang ke arahnya dalam diam. Tiada banyak bicara di antara mereka. Mungkin rasa canggung masih bersisa. Hinggalah sampai ke destinasi, duduk di meja dan memesan minuman, Alya masih diam dan sesekali memerhati resah di wajah lelaki itu.


“Look, Alya I am so sorry for the things that happen. I think you knew what I meant. It’s my mistake and I am truly sorry for it. I am totally wrong in judging you. I ought to respect you and as a colleague and most of all as a woman. That was a good lesson for me. I hope I can make it up to you for that,” Adib kelihatan sungguh tidak selesa.


Alya hanya senyum, menumpahkan pandangan ke wajah Adib. Sungguh, dia tidak sedikit pun ingin menyalahkan sesiapa. Dia faham akan situasi sebegitu. Bukan pertama kali lelaki-lelaki seperti Adib wujud berlegar dalam ruang hidupnya.


“I accept your apology and to be frank, you don’t have to feel awkward because I am used to that situation. Like you said, that was a good lesson. You see, bukan semua perempuan sama. Mungkin dalam sepuluh yang sama, pasti ada satu yang berbeza. Lets put it behind and starts a fresh,” direnung wajah Adib dalam-dalam. Cuba mencari sesuatu yang berbeza dalam penilaiannya. Lelaki itu mengangguk-angguk sambil tersenyum. Lega barangkali.


“True... you are different. I guess this is the start. Well, I tak akan deny any cerita yang you dengar pasal I,” ujar Adib tanpa berdalih.


Alya segera menghulurkan senyum mesra ke wajah lelaki itu. Cuba menghilangkan rasa resahnya. Sedikit demi sedikit daripada bual biasa wujud rasa selesa. Mendengar akan segala cerita tentang kehidupan Adib. Kadangkala terselit jenaka yang membuatkan Alya ketawa. Mungkin sukar di mengertikan, bagaimana dua insan yang sebelum ini berbeza perlakuan dan pandangan boleh duduk santai semula, cuba mencipta kemesraan dalam keadaan yang lebih jujur dan ikhlas. Duduk di hadapan Alya kini hanya seorang lelaki biasa yang punya banyak kelemahan. Sama seperti dirinya, seorang perempuan yang tidak betah daripada melakukan kesilapan juga. Dan kerana kesilapan jugalah dia di sini, membawa diri dan hati, jauh daripada segala kenangan walau sering gagal menghapuskan keseluruhan kenangan itu daripada hidupnya. Tidak dahulu, kini atau mungkin selama-lamanya.


“I guess this is it. Thanks for your time and thanks for accepting my apology. I am truly grateful,” ujar Adib sejurus tiba di tempat  letak kereta. Seperti yang janji, Alya dihantar kembali ke pejabat untuk mengambil kenderaannya semula.


“No big deal. I do enjoy my time with you just now. With all the stories... really, I do enjoy it,” dia melihat senyum di bibir Adib melebar.


“I hope you don’t mind going out with me again after this... maksud I sesekali. Not that I have any intention to overly asking for it. You know... kita boleh keluar tanpa you ada rasa tak selesa dengan I, or I dengan rasa bersalah. Really... you have my utmost respect. Sometime, it is good to have someone who could shattered a bit of that ego in me. It is good to be told that I am wrong and I should make it right. I hope you don’t mind having me around. Sejenis manusia yang ada masa thinks he’s still a boy, still holding up to his bad boy persona and assume he can charm the world. I do get lost into that world and I do need someone to pull me back to reality,” jelas Adib, tenang.


“Setiap manusia ada kekurangan masing-masing. I have my own flaws too. You are a nice guy and frankly I am comfortable being with you. Cuma I harap you’ve learned that not all women are the same. And... yes, I don’t mind going out with you after this. I hope you don’t mind if I seem a bit secretive, loves to be alone and at times, hard to understand,” direnung kembali wajah Adib. Cuba mencari reaksi resah, bosan atau jengkel di situ tetapi yang ada hanyalah senyuman yang menampakkan lesung pipit, manis di pipi kanan lelaki itu. Siapakah yang tidak kalah dengan senyuman sebegitu? Mungkin hanya dia. Dia yang jiwanya entah hilang ke mana.


“Like onion... many layers too peel. Interesting.”


“Yup, like onion... sometime you can’t stand it. It gives tears to your eyes. See you tomorrow, Adib. Night.”


“Okay... see you tomorrow. Night. Drive carefully.”


Temujanji hari ini berlalu dalam mesra dan tenang. Melihat rasa lega di wajah lelaki itu setelah kemaafan dihulurkan kepadanya adalah lebih indah daripada terus melihat dirinya resah dalam rasa bersalah. Alya juga tahu dia bukan maksum dalam perjalanan kehidupannya. Lantas apakah hak untuk dia sukar menghulurkan kemaafan? Jika itu lebih baik, dia rela. Ketika sampai di hadapan rumah, hati Alya kembali kosong. Segala yang ingin dilupakannya hadir semula. Menikam seluruh sisa rasa di jiwanya. Dia tidak sanggup sendiri tetapi dia juga tidak sanggup mencari dan berkongsi jiwanya kembali. Dalam hela nafas, dicapai telefon bimbit mencari nombor itu, nombor yang sering mengganggunya sebelum ini.


“It’s maghrib, Adib... jangan lupa solat and thanks teman I makan tadi.”


Segera dimatikan talian. Entah mengapa Alya mahukan ketenangan bersama lelaki itu seperti siang tadi. Dia mahukan masa bersama Adib. Masa yang terisi dengan gelak tawa tanpa perlu kembali ke daerah jiwa yang sebegini. Entah kenapa dalam masa yang sama juga, dia tidak bersedia menerima balasan pesanan ringkas daripada Adib ke telefonnya. Dia mahu bersendiri. Ah! Sukar sungguh memahami jiwanya sendiri. Entah apakah yang dimahukannya kini. Dihela kembali nafas dalam-dalam, lalu kaki kembali melangkah memasuki rumah yang sunyi sepi. Lemas dalam degup jantung yang kedengaran menerawang mengisi sunyi.

Comments


Subscribe Form

©2020 by Dandelions In The Sky. Proudly created with Wix.com

bottom of page