STAY | BAB 19
- Rumiè Al-Hadi

- Mar 18, 2020
- 4 min read

“Esok mungkin ada kuntuman rindu di tubir hatimu. Moga rindu itu adalah aku yang bisa mewangi untukmu.” – Adib
“SIAPA Alya ni? Abang tak pernah sebut pun nama ni. Suri tak rasa Suri pernah dengar. Tak familiar,” ujar adiknya Suri ketika Adib meminta bantuan untuk sama-sama ke rumah Alya petang nanti.
“Kawan office,” jawab Adib ringkas. Dia tahu adiknya itu pantang tahu rahsia-rahsia tentang dirinya walau sekecil atau seremeh mana sekalipun.
“Ni yang nombor berapa pula ni?” bentak Suri lagi.
“Ala, tolonglah dik. Abang belanja nanti. Adik nak apa, cakap. Bolehlah,” pujuk Adib lagi.
“Really? Boleh minta apa pun?” kedengaran suara Suri seakan teruja. Adib sangat arif dengan perangai Suri. Satu-satunya adik. Beza umur mereka juga jauh berselang sepuluh tahun.
“Ala janganlah mahal-mahal. And one more thing, please... please jangan beritahu mommy, ya?” rayu Adib lagi.
“Ah... kalau dah sampai tahap minta jangan cakap kat mommy ni mesti serious ni. Huge secret kenalah dapat reimburse pun huge. Okay, at five fetch Suri kat hostel. Suri nak buat surat perjanjian bertulis ni nanti sila turunkan tandatangan, ya?” seloroh adiknya itu sambil gelak nakal.
“Amboi, baru study law setahun, lepas pun belum, tu belum lagi lepas test chamber or not, dah pandai ya?”
“Abang... practice makes perfect. You always stated that. I am practicing my right here,” jawab Suri tidak mahu kalah.
“Yalah, yalah. At five ya?”
“Okey.”
Talian segera dimatikan. Adik yang seorang ini memang tidak pernah mahu kalah, sentiasa bijak menggunakan hubungan mereka yang sangat rapat. Dalam manja Adib tahu Suri seorang yang sangat berdikari. Adik yang punya pendirian sendiri dalam banyak perkara.
Adib perlu segera ke hospital melihat keadaan Alya. Buat masa ini dia hanya memberitahu phak sumber manusia berkenaan keadaan Alya agar dapat mengurus dan melancarkan proses dokumentasi dengan pihak hospital. Adib tidak mahu memikirkan samada perkara ini sudah disampaikan kepada puan Zahara atau tidak.
Tidak sampai dua puluh minit Adib sudah tiba di Prince Court Medical Centre kerana jarak rumah yang tidak begitu jauh. Dia segera naik ke tingkat empat dan terus menghala ke wad Alya. Ditolak pintu perlahan-lahan agar tidak mengejutkan Alya sekiranya gadis itu masih lena. Ada dua orang jururawat yang sedang memeriksa tekanan darah dan menukar botol drip. Adib segera menyapa dan disambut dengan sopan oleh mereka.
“Dia masih tak sedar?” soal Adib ingin tahu.
“Waktu kami hubungi encik tadi, dia dah sedar. Tapi ini suhu badan naik mendadak jadi kami kena pantau. Kalau encik ada apa-apa masalah boleh tekan button. Makanan dah disediakan maybe encik boleh bantu dia sebab kalau tak makan nanti makin lemah. Lambat nak recover,” jelas salah seorang jururawat tersebut. Dia cuma mangangguk.
Dilekapkan tapak tangannya ke dahi Alya. Panas. Peluh di dahi dan wajah Alya dikesatnya. Sesekali kelihatan Alya seolah-olah membuka matanya mungkin antara sedar dan tidak. Adib cuma mampu mengeluh. Demam panas bukan perkara remeh. Adib lantas duduk dibirai katil.
“Alya... Alya,” panggilnya perlahan. Alya membuka matanya perlahan-lahan dan melihat tepat ke arahnya tanpa sebarang kata.
“You need to take your food. Suhu badan tiba-tiba naik ni. Kalau doktor dah bagi ubat pun, you still kena makan juga. Sikit pun tak apa,” ujar Adib memujuk. Alya hanya diam, masih tidak lekang melihat ke arahnya. Jelas kelihatan keletihan di wajah itu. Dia segera menaikkan sedikit katil Alya ke posisi yang lebih selesa bagi memudahkan Alya bersandar. Dibetulkan kedudukan bantal. Gadis itu tetap diam, jelas masih tidak bermaya. Dia lantas mengambil mangkuk yang berisi bubur sayur dan sup.
“I suap, ya. Nanti food sejuk,” ujarnya. Bubur yang masih panas ditiup dan disuapkan ke mulut Alya. Satu, dua, tiga hingga suapan yang kelima, kemudian Alya perlahan-lahan menggelengkan kepada tanda tidak mahu lagi. Adib tidak mahu terlalu memaksa.
Dilang makanan dikemaskan semula ke meja mudah alih dan ditolak ke tepi dinding. Adib kemudiannya menurunkan semula katil Alya ke posisi asal. Perlahan-lahan Alya cuba mengiringkan badannya. Mungkin dia sudah keletihan dalam posisi yang sama. Namun melihat Alya yang agak lemah Adib segera membantu. Alya tidak membantah. Peluh dimuka dan dahi Alya dikesatnya agar Alya lebih selesa. Tiba-tiba Alya seperti berkata-kata sesuatu yang agak sukar didengarinya. Adib segera mendekatkan telinganya ke arah wajah Alya.
“Don’t leave. Just don’t leave, please,” pinta Alya
“I won’t. Just rest okay. When you open your eyes, I promise I will still be here,” jawabnya meyakinkan Alya. Ubat yang diberi jururawat tadi mula menampakkan kesannya. Alya kembali lena. Seketika kemudian Adib dihubungi oleh Puan Zahara. Dia memaklumkan apa yang berlaku dan keadaan Alya sekarang. Puan Zahara yang kebetulan berada di luar negara atas urusan kerja meminta Adib sentiasa memaklumkan keadaan Alya kepadanya.
Adib kembali duduk di sofa melepaskan lelah. Tidak sampai beberapa minit doktor yang sama merawat Alya sebelum ini masuk ke wad. Dia segera bangun tanda hormat. Doktor itu hanya senyum ke arahnya.
“Is she eating?”
“A bit,” jawab Adib ringkas.
“Since suhu badannya naik mendadak, it’s a bit difficult for us to administer the right prescription for her previous problem. So, she should recover from this fever first,” jelas doktor tersebut.
“Maaf doktor, saya faham pihak hospital tidak boleh sewenangnya berkongsi maklumat pesakit but I’m concerned that she might have a dangerous ailment. She’s okay, right?” soal Adib meminta kepastian.
“Tidak, tak perlu risau. Dia kemungkinan mengalami tekanan. Looking at her record, I think that likely the cause of this. But we need to check on that further after she’s getting better. Saya tidak boleh beritahu secara detail without her consent or her family’s consent,” jelas doktor cuba menjelaskan setakat yang boleh kepadanya. Dia cuma mengangguk-angguk tanda faham. Tidak lama kemudian doktor tersebut meminta izin untuk beredar. Mungkin ini adalah rutin kerja, melihat keadaan pesakit-pesakit dibawah seliaannya.
Bilik ini kembali sunyi. Adib mengambil keputusan untuk berehat sektika sebelum beredar untuk mengambil Suri di kampus bagi membantunya. Harapnya waktu itu Alya masih kekal lena sehingga dia selesai mengambil barang-barang keperluan dan kembali semula ke sini.








Comments