STAY | BAB 7
- Rumiè Al-Hadi

- Feb 24, 2020
- 4 min read

“She said, even happy pill seems holding a bagage of sadness behind its coating filling” – Alya
BEBERAPA minggu yang lalu, Alya membiarkan Adib termangu sendiri dalam tanda tanya. Membiarkan ajakan dan permintaan dalam jawabnya yang mengecewakan lelaki itu. Dia sedar itu. Dibiarkan juga ajakkan dan pujukan lelaki-lelaki lain yang bergentayang. Sehingga ke hari ini, Adib tidak lagi datang menjengah ke biliknya seperti dahulu. Mereka selalunya hanya bertemu di dalam mesyuarat yang perlu dihadiri bersama.
Alya senang begini. Hidup dalam sibuk dan timbunan tugas. Dia selesa meletakkan batas-batas yang sukar untuk dibolosi. Daripada pagi berganjak ke malam, seringnya dialah yang menjadi orang terakhir pulang. Nescafe panas yang disediakan oleh Safia sebentar tadi masih tidak diusik. Alya masih leka melihat sinar matahari pagi yang mula menjengah melalui dinding kaca.
Jauh di hujung dunia sana ada hati yang ditinggalkannya, sakit sendiri. Dia pula di sini, lari membawa diri daripada sekeping hati yang lain; yang sama sekali tidak betah untuk peduli dengan kekecewaan yang dirasainya. Entah mengapa hidup jadi begini. Berlingkaran. Berseliratan. Dirinya dikejar. Kasihnya ditagih. Sedangkan jiwanya merintih sendiri kerana mengharap dan mengejar sesuatu yang tidak mampu dimiliki. Hingga tiba satu detik jiwanya lumpuh dan kini menjauh daripada segala-galanya. Jauh dalam kesunyian yang entah bila bakal berakhir.
Ada masa hati Alya menjerit. Mahu saja dia kembali ke dunia lama itu. Terus mengejar dan berharap. Namun keinginan itu mati dihujung jiwa yang tidak lagi ampuh untuk berdiri dan berlari. Yang ada hanya jasad penuh luka, jiwa yang layu tanpa cahaya, hanya sengsara. Yang tinggal hanya kenangan pedih bila kasih dikhianati. Sudah terlalu lama Alya cuba meneruskan hidup bersama semua kenangan dan mimpi-mimpi sedih yang ditinggalkan ini. Sudah terlalu lama dirinya cuba menidakkan hakikat bahawa insan yang didambakan, cinta yang diinginkan... hanyalah sekadar kisah dongeng. Sering saja diputar berkali-kali. Agar menjadi realiti.
“Alya...”
Di manakah silap percaturan hidup yang pernah diatur olehnya? Ada satu jiwa menginginkannya dalam diam dan kemudian menghamburkan keinginan itu tanpa peduli akan kemahuan dan kerelaannya. Keinginan yang tidak pernah terlintas dibenaknya, yang menjadikan dia hilang rasa percaya. Keinginan yang menjadikan satu ikatan mesra kini berantakan. Mengapa? Manakala, satu jiwa lagi kekal hidup di dalam jiwanya, segar hingga kini. Dikejar, dicari... dalam simpul harapan yang menggunung tinggi. Rasa percaya yang dirasakannya murni. Namun dia tertipu. Tertipu oleh kepercayaan yang diberi dan yang tinggal dibenaknya kini hanya mimpi sedih, berselang-seli dengan rasa kasih yang belum mati.
“Alya, are you okay?” lamunan Alya mati di situ tatkala dirasakan seseorang menyentuh lengannya. Dia segera berpaling dan melihat Adib berdiri di hadapannya, memerhati dengan tenang.
“Are you okay? Safia tak ada kat meja, so I ketuk pintu dan panggil you tadi but you seem lost in your thoughts. Sorry if I masuk, ganggu you. Kalau you need time, I boleh datang semula nanti,” ujar Adib serba salah. Ah! Mengapa mesti lelaki ini yang mesti melihat dirinya dalam keadaan begitu?
“No, it’s okay. You tak ganggu pun. I’m okay. Been thinking about something just now. No big deal. So, what’s up? Have a seat, Adib,” pelawanya bagi menghilangkan rasa janggal. Melihat senyum di wajah Adib, apa yang berserabut di fikiran Alya kembali tenang. Sudah lama dia tidak melihat senyuman itu.
“Are you sure? I can come another time if you want me to.”
“No. No, it’s okay,” entah mengapa Alya tidak mahu lelaki itu beredar.
“Okey, I just nak bincang tentang concept advert yang you proposed semalam. Nak set proper meeting I risau you dah submit for futher action sebab tu I datang ni. I’ve discussed among my team and conveyed my concern to Puan Zahara. There are certain things that I think we should really look into because I don’t want this new concept to affect our major client and at the same time we do want to attract more potential client, even if it’s a small scale client. It’s not major amendment but I think both of our team should sit down and go through it again before we launch it to public,” jelas Adib bersahaja.
“You want me to set up another meeting regarding this?”
“If it’s okay with you... just between our team.”
“Sure... hari ni I am fully book sampai petang and most of my art directors are quite busy with other deadline. What about tomorrow?”
“Tomorrow? Let me check... hmm.. not till 2.00pm. If you can make it up around 2.30 that will do for me.”
“Okay than, tomorrow, 2.30pm. I’ll make sure Safia remind my team and send meeting invitation to yours. Here... at our conference room, if you don’t mind?” senyum Adib singgah ke pandangan Alya dan segera dia mengalihkan tumpuan ke arah diari dihadapannya.
“Sure,” jawab Adib, ringkas tanda setuju.
Alya segera mengangguk dan melihat lelaki itu bangkit. Hati kecilnya berharap agar Adib tidak berlalu meninggalkannya sendiri. Harapan yang awalnya cuma ada dalam hati kecilnya sahaja.
“Hey... are you free this evening?” Alya tiba-tiba bertanya membuatkan Adib terhenti dihadapan pintu lalu berpaling ke arahnya.
“Sort of. Why?”
Alya bagai baru terjaga daripada lena yang panjang ketika menyedari akan kesilapan diri. Namun, tuturnya sudah mendahului akal. Dia tiada cara lain untuk mengelak lagi.
“Care for a drink? I’ll buy,” Adib terus senyum. Entah bagaimana ingin digambarkan senyuman itu. Gembira? Teruja? Janggal? Pelik? Alya sendiri tidak pasti.
“Sure. I tunggu di lobby nanti. You’ll buy and I’ll drive. Deal?” soal Adib
“As long as you hantar I semula ke sini, ambil kereta I.”
“Boleh, tak jadi masalah.”
Alya melihat Adib berlalu meninggalkan dirinya dalam lompang-lompang perasaan yang tidak mampu diungkaikan. Mungkin kesendirian ini menjadikan dirinya manusia yang sukar difahami. Adakala dia juga sukar memahami diri sendiri, inikan pula mereka yang di sekelilingnya. Dihela nafas dalam-dalam dan kembali runduk menumpahkan pandangan ke atas tugasan yang terhidang. Sesekali Alya mendengus kecil memikirkan pelawaannya kepada Adib sebentar tadi. Salah dirinya sendiri. Asyik mengelamun dan kemudian bertindak sebelum berfikir dan akhirnya membuat diri sendiri yang tersepit.
“Bijak betul kau ni, Alya. Sudahlah hati sendiri gagal nak dirawat, ada hati pula nak menempah masalah baru. Bukan kau tak kenal tingkah-laku Adib. Kenapalah kau ni suka cari pasal? Seronok sangat ke nak bergaul dengan spesis manusia yang sama perangai macam yang lepas tu? Perangai yang kau benci tu. Ish!” dia membebel. Geram dengan tindakan sendiri.
“Hmm... pandai-pandailah kau cari alasan kalau dia nak lebih daripada sekadar drinks nanti. Lepas ni buatlah lagi. Cakap tanpa fikir. Amalkan,” dia masih belum puas memarahi dirinya. Ditarik nafas dalam-dalam.
“Stop it, Alya. Kerja berlambak ni, please focus on it,” lagi sekali Alya bercakap kepada dirinya dan kemudian kembali mengadap skrin komputer.








Comments