top of page

STAY | BAB 16



“Tujah soal dan bentak jawab, mahu dikocak segala silam berselirat sejuta” – Adib


SEJAK akhir-akhir ini, hari hujung mingu bagaikan terlalu lama bagi Adib. Dua hari yang menjadikan dirinya resah bagai cacing kepanasan. Dirasakan dua hari tanpa kerja dan jauh daripada suasana pejabat, bukan lagi keadaan yang diinginkannya. Kalau dahulu, tepat jam lima petang dia sudah tidak sabar untuk pulang tapi kini, dia seperti tidak mahu hari minggu itu wujud walau sehari. Dahulu juga, Adib jarang pulang ke rumah keluarganya setiap kali cuti hujung minggu. Tapi sekarang, habis waktu kerja pada hari Jumaat, dia pasti akan terus pulang ke rumah ibunya kerana sekurang-kurangnya di rumah ini fikirannya tidak terarah kepada perkara lain.


Adib juga tidak lagi berasa seronok untuk berhibur seperti apa yang sering dilakukannya dahulu. Dia jadi bosan. Kini dirasakan, jiwanya lebih tenang duduk santai di rumah melayan kerenah ibu dan adiknya atau paling tidak, dia akan berkunjung ke rumah ibu saudaranya yang berdekatan. Sungguh, dia tidak lagi merasakan keluar berhibur hingga dinihari, bermalam di rumah rakan-rakan atau mengusung perempuan-perempuan cantik ke bilik-bilik hotel atau ke rumah untuk dijadikan habuan nafsu serakahnya sebagai satu bentuk kepuasanan. Dia sudah letih dengan kehidupan yang sebegitu. Ia tidak lagi mendatangkan keseronokan.


Tetapi dalam masa yang sama juga, Adib tetap mahu hari minggu agar cepat berlalu dan hari-hari bekerja seperti pagi ini pantas hadir, agar dia tidak terus dibelenggu dengan perasaan yang tidak menentu seperti apa yang dirasakannya dua hari sudah. Lembar-lembar kertas di hadapannya dibaca berkali-kali. Dokumen-dokumen di hadapannya ini perlu disemak dengan teliti, tetapi fikiran Adib tidak mampu memberi seratus peratus tumpuan. Adib kembali bersandar di kerusi, melihat-lihat panorama pagi dari balik dinding kaca. Hari ini dia tiba lebih awal daripada biasa.


“Termenung panjang nampaknya. Beri salam pun tak dijawab,” tegur Alya tiba-tiba.

Dia segera berpaling dan  melihat Alya yang berdiri di ambang pintu. Cepat-cepat dia mengalihkan perhatian kepada fail-fail yang berselerak di atas meja. Perlahan-lahan Alya datang menghampiri dan meletakkan cawan kertas di hadapannya. Aroma kopi panas bagai menjentik-jentik naluri rasanya. Dihulurkan senyuman kepada Alya dan dan diipersilakan Alya duduk namun ditolak dengan baik.


“I just drop by to give you that. Tadi I jumpa Puan Zahara sekejap. Sekejap lagi nak keluar. Ada appointment,” Alya menolak pelawaannya.


“Lieza tak ada kat meja...”


“Dia off hari ni. You balik semula ke office nanti?” soal Adib ingin tahu.


“Probably. Why?”


“Nothing. Just asking.”


Sekilas dia melihat senyum manis di bibir Alya. Senyum yang sering menjadikan jantungnya berdegup lebih kencang. Yang pasti, walau tidak sering bersama, dia lebih senang jika tahu Alya sentiasa dekat dengan dirinya. Jika tidak dapat berbual pun tidak mengapa, asalkan dia tahu Alya ada.


“Want to grab some burger this evening?” tiba-tiba Alya bersuara. Diperhati wajah Alya yang bersahaja menanti jawapan daripadanya.


“Burger?” soal Adib hairan.


“Ya, burger. Teringin. Only if you want.”


“Okey.”


“I’ll catch with you later.”


Diperhati langkah Alya yang semakin menjauh. Burger? This evening? Dia senyum sendiri lalu kembali meneliti dokumen-dokumen yang terhidang di hadapannya. Hanya bila ketukan di pintu sekali lagi mengganggu konsentrasinya, barulah dialihkan perhatian.


“Hey, Dib. Kau busy ke?” Azmin segera duduk dihadapannya tanpa dipersila.


“Hey, no. Kenapa?


“Sekarang ni susah betul nak jumpa kau. The guys dah lama tak keluar dengan kau, Dib. So, malam ni are you free? We hit somewhere,” pelawa Azmin.


“Aku ada plan lainlah malam ni, Min. Ala tak ada aku pun you all boleh saja enjoy like always,” ujar Adib memberi dalih.


“Mana sama, Dib. Ada kau senang sikit nak dapat ayam muda. Takkan selamanya kau nak aim si Alya tu. We all bukan kesah sangat pun kalau kau kalah betting.”


“Bukan pasal tu la...”


“Dah tu pasal apa? Aku tengok kau dengan Alya tu lain macam je. Tak kan bercinta kut. Orang macam kau tahu erti cinta ke? Tapi kalau kau dapat dia tak kiralah lambat ke cepat ke, so kira okey jugaklah. Kami pun dah puas try. Aduh! Liat sungguh perempuan tu. Tapi lepas kau dapat janganlah makan seorang,” ujar Azmin, kemudian ketawa.


“Aku tak ada apa-apalah dengan dia. Maybe bukan semua perempuan tu murah, Min. Respect sajalah kalau dia tak macam yang lain.”


“Wah! Sejak bila kau pandai respect perempuan ni, Dib? Come on lah, bagi aku perempuan semua sama saja. Cuma lambat atau cepat saja. Alya tu mungkin liat sikit tapi pujuk-pujuk, layan baik sikit lama-lama cairlah tu nanti. Perempuan macam tu dia jual mahal to make men like us chase them for awhile. Belilah jiwa sikit. Kau yang gaji besar burn some of that profit. Nowadays, perempuan semua boleh dibeli.”


Adib cuma memerhati Azmin yang bersahaja menegakkan hujah yang seolah-olah menggigit hati kecilnya. Dia sedar ramai perempuan yang sedemikian, tetapi Alya sangat jauh nilai keperibadiannya. Ada masa timbul rasa malu dalam diri atas segala tanggapan dan perbuatannya selama ini.


“She’s not like that,” ujar Adib cuba mempertahankan Alya.


“Sejak bila kau pandai back up perempuan ni? I guess betullah cakap kawan-kawan kita, kau sekarang dah berubah since perempuan tu datang,” tempelak Azmin.


“The reason aku kalah betting bukan sebab aku tak buat segala apa yang kau sebutkan tadi, tapi sampai satu tahap, aku malu dengan dia. I think she knew our intention in the first place, but still, she treated us nicely and at the same time, she still respect us in many ways. Aku tak kata dia perfect dan aku tak kata ego aku tak tercalar, tapi antara ego dengan being rational, I think now it’s the time to choose to be rational, Min,” ujar Adib cuba menjelaskan agar Azmin faham.


“Rational? Rational or mabuk cinta? What if kalau aku keep on trying dan dapat apa yang aku nak daripada dia? Kau rasa kat mana kau nak letak value melangit kau tadi pada dia? Kalau aku dapat yang ringan-ringan pun jadilah,” balas Azmin seakan mencabar.


Telinga Adib berdesing panas mendengar omelan Azmin. Kata-kata sinis itu bagai racun mengigit tangkai hatinya. Sepantas kilat Adib bangkit dan mencekak leher baju Azmin kemas dalam genggamannya.


“Don’t ever think of doing that, Min. I warn you. Aku tak main-main.”


“Adib! What’s all this?”


Entah bila masanya pula Alya tiba-tiba menjengah dan menyaksikan suasana tegang antara dirinya dan Azmin. Segera dileraikan leher baju Azmin daripada genggaman tangannya. Adib kembali duduk sambil membetulkan baju dan cuba mengelak daripada pandangan Alya. Azmin pula segara bingkas bangun dengan wajah masam mencuka tanpa mempedulikan kehadiran Alya lantas segera beredar. Alya masih berdiri di hadapan Adib menanti keadaan kembali seperti biasa.


“What happen just now?”


“Nothing. Personal matters.”


“Well, if it is personal, don’t bring it to the office.”


Dia cuma mendiamkan diri, tidak mahu berkonfrantasi dengan Alya. Lagipun kebenaran itu ada daripada kata-katanya. Adib tidak mahu menafikan.


“I thought you dah lama keluar jumpa client,” soal Adib cuba mengalih topik perbualan.

“Puan Zahara minta I jumpa dia semula tadi.  And she asked me to give this file to you since I memang kena lalu kat sini. She wants you to evaluate it and revert to her by this evening. Are you sure you okay?” soal Alya cuba memastikan keadaan Adib.


“Yes, I’m okay.”


“I dah lambat. When I close that door, lose that tie and drink that coffee. Take a few minutes to loosen up, promise?” diperhati wajah Alya yang dihias senyuman manis memerhati riak wajahnya. Senyuman yang menyejukkan panas yang membahang di hatinya.


“Ya, I promise.


Sejurus Alya keluar, Adib segera melonggarkan tali leher dan dihirup kopi panas yang masih belum terusik. Ada tenang menyelinap masuk ke jiwanya yang tadi kacau-bilau. Tiba-tiba pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya. Dia segera membaca pesanan yang diterima.


"Smile for me. I will treat you with the best local burger in town this evening, will you?”


Adib kemudian membalas pesanan ringkas itu dimulai dengan icon senyuman dan jawapan, “I would love to.”  Hatinya berdetik pasti. Pasti dengan apa yang dimahukannya kini. Pasti dengan bentuk kebahagiaan yang diinginkannya. Dia perlu berhijrah kepada kehidupan dan perhubungan yang lurus. Adib pasti. Kini dia mengerti nilai perasaan dan kemaafan. Dia perlu berhenti daripada terus dibelenggu pengalaman lepas dan terus menghukum orang lain di atas kesilapan bekas kekasihnya.

Comments


Subscribe Form

©2020 by Dandelions In The Sky. Proudly created with Wix.com

bottom of page