STAY | BAB 12
- Rumiè Al-Hadi

- Mar 14, 2020
- 6 min read

“If all those thoughts of you can become flowers, there might be a garden... so beautiful and enchanting; Where I will lie there forever.” – Adib
ALYA sepatutnya mula bekerja hari ini. Selalunya gadis itu akan duduk sendiri di cafe; di meja paling hujung. Sambil menikmati sarapan pagi, selalunya Alya akan leka dengan buku atau akhbar. Hari ini susuk tubuh itu tiada di situ. Hari ni meja itu kosong. Adib tercari-cari kelibat Alya. Tiada. Mungkin belum sampai agaknya. Atau mungkin Alya sudah menikmati sarapan paginya dan kini berada di pejabat. Tanggapan itu bermain-main di fikirannya. Adib membayar harga sandwich dan segera beredar. Dia ingin segera bertemu gadis itu. Dia ingin melihat wajah manis itu di hadapannya.Entah alasan apakah yang ingin diberikannya jika dia tib
a-tiba muncul di hadapan pintu pejabat Alya. Peduli apa tentang mata yang memandang. Dia lebih peduli dengan apa yang bakal difikirkan Alya nanti. Reputasi dirinya juga tidaklah secantik mana. Kaki perempuan, kaki libur... siapa tidak tahu itu semua? Namun kaki perempuan dan kaki libur ini ternyata tidak mampu menang dan menguasai seorang perempuan bernama Alya. Maka bagi dirinya sendiri, dia bukanlah sehebat mana.Jika dahulu, dia mungkin bermati-matian berusaha mendapatkan apa yang diidamkannya. Jika dahulu, mungkin juga pelbagai cara telah digunakannya untuk menundukkan Alya ini dalam masa yang begitu singkat. Inikan pula sekiranya dia seperti dimalukan, mungkin sahaja Alya berjaya ditawannya dalam masa sehari dan kemudian terus tidak dipeduli. Namun hari ini berbeza berbanding masa lalu itu. Adib seperti terpukul namun tidak mampu melakukan apa-apa. Dia seperti hilang punca.
Hari ini tidak sama dengan hari-hari lalu di mana liar dirinya menjadi bualan dan umpatan sesiapa sahaja yang mengenalinya. Seringkali juga Adib ditegur orang atasan tetapi seringkali juga dia menyatakan itu adalah urusan peribadinya. Selagi tidak mengganggu prestasi kerja, dia merasakan dirinya berhak untuk menikmati keseronokan walau dengan apa cara sekalipun. Hari ini juga teman-teman yang dulu galak berlibur siang dan malam bersamanya semakin menjauh. Tidak mengapa.
Cepat-cepat Adib melangkah menuju ke bilik Alya. Kosong. Hatinya hampa. Alya tidak kelihatan. Lampu bilik Alya menyala tapi susuk tubuh itu tiada di situ. Dia kecewa. Setiausaha Alya , Safia menyambutnya denyan senyuman manis.
“Cik Alya belum sampai?” soal Adib kepada Safia.
“Sudah Encik Adib tapi dia keluar. Saya tak pasti dia ke mana. Encik Adib nak tinggalkan pesanan? Saya sampaikan kepada Cik Alya nanti,” ujar Safia cuba membantu.
“Tak mengapalah. Thanks,” ujar Adib dan beredar.
Dia kembali melangkah ke bilik sendiri dan disambut oleh Lieza. Tidak seperti kebiasaannya, hari ini gadis itu cuma mengucapkan selamat pagi tanpa senyuman. Dibuka pintu dan terus ke meja, seperti kebiasaannya.
“Kan manis kalau masuk ke bilik beri salam walaupun bilik sendiri dan tiada orang.”
Dia segera berpaling ke arah datang suara tersebut. Alya sedang duduk santai di sofa ruang tamu. Jantungnya bagai terhenti. Bukan hanya kerana terkejut dengan teguran gadis itu, tetapi lebih kerana melihat wajah dan senyum manis di hadapannya.
“Assalamualaikum...” sapanya masih terpinga-pinga.
“Wa’alaikumussalam. Sorry I masuk ke bilik you. I know I shouldn’t. I nak tunggu di luar saja tadi tapi kebetulan Puan Zahara lalu dan suruh setiausaha you benarkan I tunggu di dalam. Jangan marah dia kalau benarkan I masuk,” jelas Alya dan senyum semula memandangnya. Adib masih terpinga-pinga melihat Alya yang masih duduk santai di sofa. Lidahnya jadi kelu. Hilang punca untuk berfikir dan meluah bicara.
“Thought of asking you out for breakfast, but you already bought yours,” ujar Alya seakan kecewa.
“Oh err... I... I bought this down stairs,” entah mengapa ketika ini pula dia seperti gagap untuk berkata-kata.
“Okay.”
“I can save it later if you still want to go out for breakfast.”
“Are you sure?” wajah Alya kelihatan berseri-seri.
“Yup.”
“Okay, shall we? I’ll drive.”
Dia segera meletakkan beg dan sandwich yang dipegangnya ke meja. Coat yang dipakainya juga disangkutkan ke kerusi. Mereka beriringan keluar dari bilik Adib sambil diperhatikan Lieza dengan wajah masam mencuka dan penuh cemburu. Terserempak pula dengan Azmin dan Tian di hadapan lif, dia tahu mereka pasti berfikir bahawa gadis di sisinya ini sudah jadi taklukkan yang entah ke berapa. Tidak kurang juga kelihatan senyum sinis daripada teman-teman lelaki yang lain. Ditepis semua itu dari benaknya. Berjalan disisi Alya bukan sahaja menerbitkan kelainan rasa di jiwanya, malah dia seakan hilang dalam alun suara dan tawa Alya.
“I have something for you,” ujar Alya sejurus masuk ke keretanya. Alya segera menghulurkan bungkusan plastik kecil berwarna biru ke tangan Adib.
“It’s specially made for you. Hopefully it fits.”
Diambil kotak berbalut sampul biru yang dihulurkan Alya lalu perlahan-lahan dibukanya bila Alya memberi isyarat agar dia berbuat demikian. Kopiah putih bersulam benam perak menghias pandangnya. Adakah Alya menyindir dirinya?
“I nampak you pergi ke surau tapi you didn’t wear songkok or kopiah. So, I thought why not give you one. I minta one of my aunt made special for you. She’s good at this. Lebih manis kalau kita mengadap Allah dalam keadaan paling hormat dan sopan. Hope you like it. Puas I kena soal dengan my aunt tau pasal ni,” ujar Alya lembut.
“No one ever gave me kopiah before, except my mom... thanks,” Adib kembali tenggelam dalam perasaannya sendiri antara malu dan gembira. Disarungkan kopiah itu ke kepalanya.
“Wah! Dah macam ustaz... Ustaz Adib, anak siapalah ni sejuk perut emak melahirkan,” ujar Alya berjenaka dan ketawa gembira melihat gelagatnya.
“Nampaknya I kena cepat-cepat cari bakal ustazah kalau macam ni,” Alya ketawa besar mendengar kata-kata Adib.
“And this one is for your mom. Melomakarona. Mama made this traditional Greek cookies special for your mom. It’s honey and spice cookies. Sedap... penuh kasih sayang mama buat ni tau,” ujar Alya lagi lalu dihulurkannya satu tin berbentuk silinder berwarna pink pastel bercorak bunga.
“Make sure bagi your mom, ya? Jangan you pula makan."
“Eh! I tak boleh makan juga ke?” Alya pantas mengangkat jari telunjuknya sambil tersenyum comel.
“Satu saja?” Aksi Alya membuatkan Adib ketawa.
“...and that one is for you too. Special dari Greece. Syaratnya malam ni you kena dinner dengan I,” Alya segera menunjukkan kotak kayu panjang diikat reben bewarna emas dan hitam yang elok terletak di kerusi belakang.
“You rindu I ke? Kalau rindu pun you tak perlu rasuah I dengan hadiah tau. Tak ada hadiah pun I rela anytime dinner dengan you,” ujar Adib cuba mengusik Alya. Gadis itu ketawa mendengar kata-katanya. Cantiknya insan yang KAU cipta ini ya, ALLAH. Hati Adib bagai berterbangan melihat senyum dan mendengar tawa Alya.
“You ni, Adib. Tak salah kan kalau rindu nak berbual macam selalu. Dahlah I nak drive ni,” ujar Alya.
Sarapan pagi itu dihabiskan dengan bual mesra tentang percutian dan soal semasa. Dia senang melihat Alya ketawa dan sesekali melihat Alya cuba menyembunyikan rasa malunya. Dia senang mendengar segala celoteh Alya walau kadangkala dia tahu gadis itu banyak berahsia. Dia senang melihat kesederhanaan Alya. Dia cukup senang kerana Alya menghormati dirinya sebagai seorang insan biasa. Tidak kerana kedudukannya. Tidak kerana keterampilannya. Tidak kerana siapa dirinya, baik atau buruk.
Hati Adib jadi tenang. Jiwanya seakan lapang. Alya bagai punya magis, menarik dirinya keluar daripada kealpaan diri. Mengunjuk satu bentuk kebahagiaan selain daripada liburan setiap malam minggu yang dibazirkannya bersama perempuan bertukar ganti dan segala yang mengkhayalkan. Ada masa Alya menjadikan dirinya malu dan terpukul tanpa rasa marah atau benci. Dia senang begitu.
“Thanks temankan I sarapan pagi ni,” ujar Alya ketika mereka sampai ke kawasan parkir.
“Thanks untuk kopiah ni and cookies untuk my mom,” dilihat ulas mata Alya dan senyuman di bibir gadis itu, sungguh mendamaikan.
“It’s for you to use, not otherwise,” Alya seakan mengingatkannya kopiah itu bukan sekadar hadiah untuk dijadikan hiasan.
“Roger that. So, dinner still on?” tanyanya minta kepastian.
“Of cause, syarat kalau you nak tau barang yang kat dalam kotak tu,” jawab Alya sambil sekali lagi menunding ke arah kotak kayu di kerusi belakang.
Mereka beriringan masuk ke dalam lif dan diperhatikan langkah Alya beredar meninggalkannya ketika sampai di tingkat tujuh sedang Adib perlu ke tingkat sembilan. Diambil kopiah dari poket seluarnya. Adib senyum sendiri. Lamunannya terganggu dengan bunyi pesanan ringkas yang masuk ke telefon bimbit.
“If I get caught up with work petang ni, would you mind to wait a bit for our dinner?” tanya Alya.
“Tunggu sampai tahun depan pun I sanggup,” Adib memberi jawapan itu berselang dengan emoticon blushing. Dia tahu Alya pasti ketawa.
Hatinya kembali bernyanyi lagu bahagia. Entah mengapa, dirasakan dunianya kini bukan lagi hiruk-pikuk alunan musik di kelab malam atau suara lunak perempuan-perempuan yang pernah diusungnya ke sana ke mari. Dunianya kini adalah satu perasaan yang selama ini sudah lama tidak wujud dalam jiwa. Kembali Adib membaca pesanan ringkas Alya...
“Really? Sanggup?”
Dia segera melangkah masuk ke pejabatnya bersama segala rasa indah yang disimpan rapat dalam jiwa.








Comments